kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Vellapandian ganti Ahmad Faedzal

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) Dr P Vellapandian dilantik sebagai CEO Institut Sukan Negara (ISN) yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Vellapandian, 56, yang pernah menyandang pelbagai jawatan penting di ISN menggantikan Ahmad Faedzal Md Ramli yang telah tamat tempoh perkhidmatannya semalam, selepas mula memegang jawatan berkenaan pada 25 Februari 2019.

Pengerusi Lembaga ISN Datuk Marina Chin yang mengumumkan pelantikan itu berkata Vellapandian membawa pengalaman lebih dua dekad dalam bidang sains sukan, psikologi sukan, penyelidikan dan pembangunan prestasi atlet.

"Kepakarannya dalam pembangunan atlet berprestasi tinggi serta pengurusan program sukan elit diyakini akan memacu ISN ke tahap yang lebih tinggi dalam menyokong kecemerlangan sukan negara," katanya dalam sidang media di ISN di sini hari ini.

Marina berkata pemilihan Vellapandian adalah melalui proses secara terbuka dengan sesiapa sahaja boleh menghantar permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Selain menjadi CEO IYRES yang juga institut di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Vellapandian juga pernah menjadi Pengarah Bahagian Prestasi Sukan ISN dan Ketua Program Podium.

Beliau memiliki ljazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Psikologi Sukan daripada University of Western Australia serta berkelulusan ijazah sarjana dan sarjana muda dalam sains sukan daripada universiti tempatan. - BERNAMA

Sumber: BERNAMA, Berita Harian

Pautan: https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/02/1365635/vellapandian-ganti-ahmad-faedzal

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2025 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.