kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Semakan panggilan PLKN 3.0 Siri 2 mulai hari ini, program bermula 11 Mei

KUALA LUMPUR: Semakan panggilan kemasukan pelatih ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 boleh dibuat mulai hari ini.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam kenyataan, berkata semakan boleh dibuat menerusi menerusi laman sesawang rasmi jabatan itu di https://jlkn.mod.gov.my/.

Katanya, seramai 550 pelatih dijangka terpilih menyertai siri latihan kali ini yang akan berlangsung selama 45 hari bermula 11 Mei hingga 24 Jun ini.

"Latihan akan dijalankan di dua kem Rejimen Askar Wataniah, iaitu Kem Rejimen 515 di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 di Pekan, Pahang.

"Sepanjang program, pelatih akan mengikuti modul latihan yang merangkumi 70 peratus Latihan Asas Ketenteraan dan 30 peratus Komponen Kenegaraan," katanya.

Tambahnya, antara kandungan Latihan Asas Ketenteraan termasuk kemahiran asas ketenteraan, dasar keselamatan negara, asas kesejahteraan hidup Malaysia MADANI serta latihan kepimpinan.

Sementara itu, modul Komponen Kenegaraan pula memberi tumpuan kepada pembinaan jati diri, semangat patriotisme dan usaha memperkukuh perpaduan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan PLKN 3.0 Siri 2/2025 boleh menghubungi JLKN di talian 03-40133613 atau 03-40133618 (Unit Pelatih), atau emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

PLKN 3.0 yang diperkenalkan semula sebagai program nasional berfokuskan pembangunan belia secara holistik, dilihat selari dengan aspirasi negara untuk melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berdaya saing dan memiliki semangat kenegaraan yang tinggi.

Sumber: Berita Harian

Pautan: Semakan panggilan PLKN 3.0 Siri 2 mulai hari ini, program bermula 11 Mei

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.