| 1) Apakah yang dimaksudkan dengan IPPBM? |
| IPPBM ialah sebuah pusat penyelidikan nasional yang mengkaji pelbagai aspek aliran dan pembangunan generasi muda dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku di peringkat nasional, rantau dan antarabangsa. |
| |
| 2) Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh IPPBM? |
- Membuat kajian berkaitan isu-isu belia.
- Menaja penyelidikan berkaitan pembangunan belia.
- Membantu perancangan dan perlaksanaan dasar kerajaan khususnya kepada belia negara menerusi hasil kajian yang dijalankan.
|
| |
| 3) Apakah sumbangan IPPBM kepada masyarakat? |
| IPPBM mendekati masyarakat menerusi kajian-kajian yang melibatkan golongan belia dan berdasarkan isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat. Seterusnya hasil kajian tersebut dihebahkan kepada masyarakat. |
| |
| 4) Bagaimana hendak mendapatkan maklumat hasil kajian? |
| Hasil kajian boleh diperolehi dengan menghubungi pihak kami secara terus samaada melalui telefon, emel atau fax. Maklumat untuk dihubungi boleh didapati pada pautan Hubungi Kami. |
| |
| 5) Jika berminat untuk mengambil bahagian dalam menjalankan kajian, apakah langkah yang perlu dilakukan? |
| Menghubungi pihak institut dengan menggunakan borang maklumbalas yang terdapat pada portal atau menerusi emel, This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |